MEMBANGUN KHAZANAH ILMU DAN PENDIDIKAN

Belajar itu adalah perobahan …….

Archive for the ‘Kampung rang Talu di Malaysia’ Category

Menyusuk Matang Jelutong, Bagan Serai Perak, (Kp rangtalu Malaysia)

Posted by Bustamam Ismail on November 25, 2008

kp-jelutongDua orang bersaudara kandung H. Bahauddin bin Sheikh Abdul Majid dan H. Musa bin Shiekh Abdul Majid tinggal sekampong di Ulu Yam, Selangor dalam tahun lewat 1890-an. H. Bahauddin giat berniaga membeli getah kepingan daripada penduduk-penduduk sekitaran Ulu Yam melalui penggunaan kopon sabagai ganti wang. untuk proses pembelian. Inilah cara yang ditetapkan oleh pihak pemerintah ketika itu. Mungkin ini adalah satu cara mengekalkan  nilai wang yang tidak menentu pada ketika itu. Tidak hairanlah jika H.Bahauddin banyak memiliki kopon-kop0n getah hasil dari perniagaan beliau membeli getah kepingan.

Pada suatu hari hujan lebat melanda di kampong mereka sehingga berlaku banjir kilat. Tidak semena-mena air telah naik ke rumah H. Bahauddin dan banyaklah harta benda di rumah beliau basah terendam termasuklah simpanan kopon-kopon getah beliau. Bagaimanapun, hari keesokan cerah saperti biasa dan beliau telah menjemurkan semua kopon-kopon yang basah untuk dikeringkan dihalaman rumah juga tepi jalan lalu lalang orang ramai penduduk kampong. Rupa-rupanya pendedahan kopun-kopun itu telah membawa padah kepada keluarga beliau .Pada malam itu juga datanglah orang yang tidak diundang ke rumah untuk merompak. Mujurlah H.Bahauddin bukan nya calang-calang orang. Beliau dengan mudah dapat mematahkan niat jahat perompak yang menceroboh rumahnya pada malam itu. Dengar cerita perompak itu lari lintang-pungkang menyelamatkan diri.

Read the rest of this entry »

Posted in Kampung rang Talu di Malaysia | Tagged: , | 2 Comments »

Asal permulaan Kampung Siputeh , Kinta dan Perak (Kp rang talu Malaysia)

Posted by Bustamam Ismail on November 25, 2008

perak-mMeninjau dari sudut maklumat H. Suhaimi bin Yahya 67 tahun, berasal dari Kampong Piandang, Siputeh, Perak  dan kini menetap di Taman Melawati K.L. telah memberi tahu iaitu asal penerokaan kawasan Siputeh jalan Tronoh Kinta, Kampung.Changkat (sekarang tiada) dan Kampung Merbau, Tronoh.  Sumber maklumat ini diperoleh melalui bapa saudara beliau Pa’ Ayob bin  Abdul Hamid yaitu seorang pesara dari Pejabat Penghulu Tronoh, dan kini masih tinggal di Kampung Piandang berusia sekitar 80-an. Beliau adalah juga saudara kandung kepada Allahyarham Dato’ Yaakob bin Abdul Hamid dan saudara tuanya Allahyarham Ramli bin Abdul Hamid saorang tokoh pentadbiran negara diawal era kemerdekaan Tanah Melayu.

Read the rest of this entry »

Posted in Kampung rang Talu di Malaysia | Tagged: , , | 7 Comments »

Sejarah Kampung Serkai Jadi Tronoh( Kp rang talu Malaysia).

Posted by Bustamam Ismail on November 25, 2008

Asal Nama Kampung Serkai Jadi.

sekaiMengikut cerita yang di ceritakan oleh Mamak Suman (Osman bin Muhammad) yang masih tinggal di Kampung. Serkai Jadi itu sejak dilahirkan pada tahun 1928. Sebelum orang Talu datang kekampung Serkai Jadi, kampung itu adalah Perkampungan Orang Ash. Apabila orang talu datang kekampung tersebut, Orang Asli terus meninggalkan kawasan tersebut, dan juga sudah menjadi teradisi Orang Ash apabila berlaku kematian didalam suku kaum mereka, mereka akan berpindah ketempat lain. Didalam jangka masa berpindah randah itu banyaklah perkara-perkara anih dan pelik berlaku dan terjadi. Dengan itu timbulnya perkataan SERBA JADI yang mana telah menjadi sebutan sehingga dinamakan tempat itu Kampung Serba Jadi. Walaubagaimanapun entah bagaimana nama itu telah ditukar kepada Kampung Serkai Jadi hingga kehari ini. Orang Talu yang mula-mula menerokai Kampung Serkai Jadi. Mengikut ceritanya ada beberapa orang yang mula-mula sampai dan membuka perkampungan tersebut. Kampung tersebut dikelilingi oleh beberapa buah kampung disekitarnya. Antaranya ialah Kampung ACEH keutara, Kampung Baru sebelah timor yang boleh menghubungkan

Read the rest of this entry »

Posted in Kampung rang Talu di Malaysia | Tagged: , | 2 Comments »

Kampung Piandang Perak Malaysia (Kp Rang Talu).

Posted by Bustamam Ismail on November 25, 2008


kp-piandangSianok adalah sabuah kampong tertua terletak dalam Nagari Sinurut di Sumatra Barat. Lokasinya berhampiran dengan pekan Talu yang sering juga disebut sebagai Pasar Usang Talu. Nagari Sinurut adalah bersempadan dengan Nagari Talu. Masyarakatnya atau penduduk kedua-dua buah nagari ini terdiri daripada kaum orang Talu yang mengamalkan budaya dan bahasa yang sama serta mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat antara satu sama yang lain. Setiap nagari ini mempunyai pemerintahan adat dibawah Tuanku (Raja) masing-masing. Di Nagari Sinurut pemerintahan  adatnya adalah dibawah Tuanku Nan Sati  dan di Nagari Talu pula dibawah Tuanku Bosa Talu. Kedua-dua Tuanku ini mewarisi keturunan kerabat dari Istana Pagar Ruyung, Batu Sangkar, Sumatra Barat. Satu lagi rumpun kerabat ialah di Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan.  Beberapa buah nagari lagi juga mempunyai pertalian kerabat di nagari-nagari Sumatra Barat.   Bagaimanapun, rakyat bagi kedua-dua buah nagari ini tetap memegang amalan budaya dan bahasa yang sama serta sentiasa tinggal dalam suasana rukun aman dan damai. Kesepakatan penduduk orang Talu tergambar dalam seloka mereka yang Berbunyi:

Read the rest of this entry »

Posted in Kampung rang Talu di Malaysia | Tagged: , , | 1 Comment »