MEMBANGUN KHAZANAH ILMU DAN PENDIDIKAN

Belajar itu adalah perobahan …….

Asal permulaan Kampung Siputeh , Kinta dan Perak (Kp rang talu Malaysia)

Posted by Bustamam Ismail on November 25, 2008

perak-mMeninjau dari sudut maklumat H. Suhaimi bin Yahya 67 tahun, berasal dari Kampong Piandang, Siputeh, Perak  dan kini menetap di Taman Melawati K.L. telah memberi tahu iaitu asal penerokaan kawasan Siputeh jalan Tronoh Kinta, Kampung.Changkat (sekarang tiada) dan Kampung Merbau, Tronoh.  Sumber maklumat ini diperoleh melalui bapa saudara beliau Pa’ Ayob bin  Abdul Hamid yaitu seorang pesara dari Pejabat Penghulu Tronoh, dan kini masih tinggal di Kampung Piandang berusia sekitar 80-an. Beliau adalah juga saudara kandung kepada Allahyarham Dato’ Yaakob bin Abdul Hamid dan saudara tuanya Allahyarham Ramli bin Abdul Hamid saorang tokoh pentadbiran negara diawal era kemerdekaan Tanah Melayu.


Dimaklumkan bermula daripada  sekumpulan keluarga Supit Solok dari Kampong Pinang Luar, Talu, Sumatera Barat bersama dengan Jalu, H..Sulaiman dan keluarga , Mohd. Amin dan  Mohd. Angkat bersama keluarga, adalah antara keluarga yang telah datang ke Tanah Melayu kira-kira lewat tahun 1890-an. Apabila sampai di Tanah Melayu mengikut ceritanya perjalanan mereka melalui sungai-sungai sehinggalah mendarat ke Daerah Kinta dan singgah di Kampong Pisang, Pusing yaitu tidak jauh dari perkampongan orang Mendahiling.
Mereka terus mengadap Penghulu Papan, Tengku Shahbuddin yang mana pada ketika itu kawasan Siputeh, Pusing dan Tronoh adalah dibawah jajahan Papan. Penghulu Tengku Shahbuddin telah mengarahkan semua mereka ke kawasan Siputeh yang letaknya kira-kira lapan kilometer arah selatan dari Pekan Papan, Kinta.. Mengikut kisahnya merekalah keluarga keluarga Orang Talu yang menerokai kawasan Siputeh, Jalan Tronoh, Kampong Changkat dan juga perkampongan dari Balai Polis, Siputeh (sekarang tinggal tapak Balai) hinggalah ke Batu Tiga berhampiran Reyland Estate Jalan ke Parit. Mereka telah mula penghidupan secara bercucuk tanam kopi dan koko, kemudian barulah menumpukan perusahaan berasaskan getah. Bagi kawasan-kawasan rendah pula dijadikan bendang untuk menanam padi.

Susulan kemudian, baru lah datang keluarga Salam melebarkan pembukaan kawasan Kampong Changkat, Siputeh. Seterusnya datang  pula  keluarga H. Abdul Latif dan H. Abdul Hamid bin Maan ( saya cucu yang tertua beliau) yaitu  pada tahun 1907. Mereka tinggal berkeluarga  di  Siputeh  jalan Tronoh dan  ada  juga  yang  tinggal di Kampong Merbau, Tronoh. Jaraknya lebih kurang empat km dari Pekan Siputeh.

Ada juga keluarga Talu yang tersasar ke Negeri Pahang dan berpatah balik ke Nagari Talu. Selang kemudian  baru lah datang semula untuk mendapatkan keluarga mereka di Siputeh. Mereka ialah kerluarga isteri H. Sulaiman  bernama Hj. Aishah dan terus tinggal menetap di pekan Siputeh bersama-sama keluarga nya. Keluarga H. Sulaiman  terdekat yang masih boleh berhubung sekarang ialah Pa’ Ayop bin Hj.Abdul Hamid  (cucu Hj.Sulaiman). Keluarga Salam yang terdekat ialah Dr. Zulkifli bin Abdul Rashid  (dahulu Pensyarah di USM. sekarang di Brunei). Seorang lagi saudaranya ialah Pn. Juriah yaitu pernah tinggal di pekan Tanjong Rambutan, Ipoh.

Kisah selanjutnya akan menyusul dalam halaman-halaman seterusnya. Terima kasih.


Susunan Tajul Hakma Tajuddin

Sumber : my rangtalu malaysia

5 Responses to “Asal permulaan Kampung Siputeh , Kinta dan Perak (Kp rang talu Malaysia)”

  1. hafidah bt mohd dan said

    Salam pakcik Suhaimi,saya salah seorang penduduk asal kg piandang.emak saya zabidah, opah saya fatimah bt budin. tentu pakcik kenal mereka, mamak saya cikgu hanif mengajar di sekolah iskandar syah parit. tapi dah pencen. abah saya mohd dan bin hj abd aziz tapi kat kg panggil hj laseh.. mereka kahwin sepupu.
    kalau ade masa balas email saya.

  2. Ismail Md Yunus said

    Saya Ismail anak Esah Kg Merobau, Tronoh, Esah anak kepada Bilal Jamin
    ada sesiapa yang jenal Bilal Jamin tu…

  3. Sulaiman Bin Khairuddin said

    Assalammualaikum…. Saya Sulaiman Bin Hj Khairuddin cucu kpd Abu Kassim(Kassim Baba) dan cicit kpd Hj Sulaiman Kg Piandang… saya ada ramai saudara mara di Perak tp kebanyakannya saya tak kenal… dulu masa kecik2 saya biasa melawat saudara mara saya.. tp sekarang saya tk pernah kesana.. lg pun saya tak tahu nak pergi kerumah siapa….

  4. Fatimah Adnan said

    Orang2 Mandaiing bersama orang2 Talu telah meninggalkan Kuala Lumpur setelah kalah perang pada lewat 1800. Orang2 Talu bersama2 isteri Raja Asal telah sampai ke kampung berdekatan dengan Batu Gajah dan menamakan tempat tersebut sebagai Seputih bersamaan dgn nama isteri Raja Asal, Wan Putih binti Tun Ali Bendahara Pahang. Raja Asal dan Raja Bilah menghadap Raja Idris Raja Bendahara Perak untuk baginda memperkenankan orang2 Mandaiing dan orang2 Talu bermastautin di Kinta Perak. Raja Idris yg kemudian naik tahta sebagai Sultan Perak telah menerima orang2 Mandaiing, Rawa dan Talu dan meminta bantuan agar mantan Sultan Ismail dikeluarkan dpd Perak kerana ada orang Perak yang menyebelahi baginda mantn Sultan Ismail dan oleh itu Melayu tidak bersatu. Setelah mantan Sultan Ismail dapat diusir dpd Perak Raja Asal diberi lombong dan kemudian Raja Bilah menjadi Penghulu menjaga kebajikan orang2 Mandailing, Rawa dan Talu. Arwah abah saya ibunya bernama Habsah bt Hj Abdullah Omar. Habsah kakak kpf opah Kerut binti Hj Abdullah Omar dpd Pusing. Arwah abah saya Hj Adnan bin Hj Abudl Latiff bin Tuanku Kadhi Hj Ali (asal usul keturunan Raja Pagaruyung) telah diterima dikahwin dgn ibu saya, cucu Raja Bilah Papan kerana mengikut arwah ninda Raja Hj Yaakob bin Raja Bilah keturunan mereka juga berasal dpd Pagauyung. Dpd Fatimah Adnan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: