MEMBANGUN KHAZANAH ILMU DAN PENDIDIKAN

Belajar itu adalah perobahan …….

Menyusuk Matang Jelutong, Bagan Serai Perak, (Kp rangtalu Malaysia)

Posted by Bustamam Ismail on November 25, 2008

kp-jelutongDua orang bersaudara kandung H. Bahauddin bin Sheikh Abdul Majid dan H. Musa bin Shiekh Abdul Majid tinggal sekampong di Ulu Yam, Selangor dalam tahun lewat 1890-an. H. Bahauddin giat berniaga membeli getah kepingan daripada penduduk-penduduk sekitaran Ulu Yam melalui penggunaan kopon sabagai ganti wang. untuk proses pembelian. Inilah cara yang ditetapkan oleh pihak pemerintah ketika itu. Mungkin ini adalah satu cara mengekalkan  nilai wang yang tidak menentu pada ketika itu. Tidak hairanlah jika H.Bahauddin banyak memiliki kopon-kop0n getah hasil dari perniagaan beliau membeli getah kepingan.

Pada suatu hari hujan lebat melanda di kampong mereka sehingga berlaku banjir kilat. Tidak semena-mena air telah naik ke rumah H. Bahauddin dan banyaklah harta benda di rumah beliau basah terendam termasuklah simpanan kopon-kopon getah beliau. Bagaimanapun, hari keesokan cerah saperti biasa dan beliau telah menjemurkan semua kopon-kopon yang basah untuk dikeringkan dihalaman rumah juga tepi jalan lalu lalang orang ramai penduduk kampong. Rupa-rupanya pendedahan kopun-kopun itu telah membawa padah kepada keluarga beliau .Pada malam itu juga datanglah orang yang tidak diundang ke rumah untuk merompak. Mujurlah H.Bahauddin bukan nya calang-calang orang. Beliau dengan mudah dapat mematahkan niat jahat perompak yang menceroboh rumahnya pada malam itu. Dengar cerita perompak itu lari lintang-pungkang menyelamatkan diri.


Peristiwa buruk ini telah membuat H.Bahauddin berfikir untuk mencari tempat yang lebih selamat. Lantas itu beliau mengajak saudara kandung nya H.Musa mengembara ke utara semenanjung sehingga ke Negeri Kedah.  Mereka sampai disuatu perkampongan di utara Kedah. Sewaktu  mengambil wuduk di sebuah kolah mereka telah dikejutkan oleh beberapa ekor lintah serentak menuju ke tangan mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan tempat itu. Mereka berpatah balik menuju ke Perak Utara iaitu di Bangan Serai. Setelah meninjau beberapa tempat akhirnya H.Bahauddin telah berkenan membeli beberapa Lot tanah bendang di Kampung. Matang Jelutong yaitu kira-kira 3 km. dari pekan Bagan Serai jalan hala ke Bukit Merah.

Setelah puas memperhitungkan pembelian tanah itu, mereka pun kembali semula ke Kampong Ulu Yam. Bagaimanapun, H.Bahauddin sudah bertekat untuk membawa semua keluarganya berpindah ke Matang Jelutong, Bagan Serai untuk berkampong  disana. Tetapi tidak pula bagi H.Musa saudara kandung nya. Beliau terus bersama-sama keluarganya menetap di Kampong Ulu Yam, Selangor.

Kesungguhan hajat dan hasrat H.Bahauddin telahpun menjadi nyata. Beliau bersama isterinya Hj..Halimah bt. Mat Isa telah meninggalkan Kampong Ulu Yam dengan penoh azam untuk berhijrah ke Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak. Mereka telah membawa kesemua empat orang anak-anak mereka dimana semuanya puteri belaka. Mereka ialah Sharifah, Jamilah, Lamiah dan Aminah. Dengar nya semua anak-anak mereka telah berumah tangga disana. Hj.Lamiah bt. H.Bahauddin telah berkahwin dengan orang dari Karai, Kuala Kangsar iaitu H.Mohd.Jadidi. Mereka telah dikurniakan empat orang anak iaitu H.Ghazali Jadidi, Abdullah Jadidi, Baharuddin Jadidi dan Sri Banun bt. Jadidi. Ke empat-empat orang anak mereka ini hanya Abdullah Jadidi yang bertugas sabagai anggota Polis di Kuala Lumpur. Adek beradek yang lain tinggal dan menetap di Kampong Matang Jelutong. H.Ghazali Jadidi adalah saorang uztaz yang juga mengajar di sekolah Kebangsaan Matang Jelutong dan telah berkhawin dengan Hj.Robiah bt. H. Abd. Hamid dari Siputeh, Jalan Tronoh. Perak. Mereka telah dikurniakan enam orang anak yaitu Najmul Mokhtar, Amiruddin (meninggal), Mahfuzah, Ahmad Tarmizi, Ahmad Fauzi dan yang bongsu Zarina. Semuanya sudah berusia 40-an, dan  masing-masing telah berumah tangga dan masih ramai yang tinggal  berkuarga disana. H. Baharuddin Jadidi berkahwin dengan Halijah Osman dan dikurniakan enam orang anak. Mereka ialah Zuraidah, Zabidi/ Suraya Mustafa, Ayob, Azizah, Zubaidah dan Bazilah. Keluarga Jadidi yang bongsu Sri Banun telah berkahwin dengan orang tempatan Ramli bin Saat (meninggal 2005) dan dikurniakan tiga orang anak yaitu Suhai, Shahril dan Rafizah. Bagi Abdullah Jadidi pula telah berkahwin dengan Rafiaah  mempunyai dua orang anak iaitu Muzhar Abdullah berkahwin dengan Noraini Abd.Majid dan Mirza Abdullah berkahwin dengan  Sri Mersik Dol.

Kisah penghijrahan ini  telah disampaikan sendiri kepada saya beberapa tahun sudah oleh Uztaz H. Ghazali bin H. Mohd..Jadidi, kebetulan beliau adalah bapa saudara saya melalui isteri beliau Hj. Robiaah ( meninggal pada 8.Januari.2002 ) iaitu adik kandung kepada ibu saya Hj. Maiyah bt. H. Abdul Hamid.

Kampong Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak  adalah satu-satunya kampong orang Talu yang terpencil di Bagan Serai, tetapi ia masih kekal hampir 100 tahun sahingga ke hari ini. Semuga anak cucu keturunan H.Bahauddin bin Sheikh Abdul Majid diharap akan dapat berhubung dengan pihak keluarga  Perhimpunan Masyarakat Talu Malaysia.

Dengan makluman ini diharap akan manfaatkan kita semua, lebih-lebih lagi bagi yang berminat mengikuti perkembangan dan latar belakang generasi kita dari masa kesemasa.

Susunan Tajul Hakma Tajuddin,
Sumber: myrangtalu Malaysia

2 Responses to “Menyusuk Matang Jelutong, Bagan Serai Perak, (Kp rangtalu Malaysia)”

  1. haidlor Ali Ahmad said

    kisah nyata yang dapat menjadi pelajaran, memang keprihatinan disertai niat mencari ridlo Allah pasti diberi imbalan yang tak terhingga, di luar dugaan manusia “min haitsu la yahtasib”.

  2. SAYA (NORAIZAH BINTI MOHD SALLEH) DARI RAWANG SELANGOR DAN BERASAL DARI ULU YAM BHARU SELANGOR ADALAH PIUT KEPADA HAJI ABDULLAH ISA DENGAN ISTERINYA HAJAH SAFIAH YANG BERKETURUNAN MINANG TALU, MOYANG SAYA ABDULLAH ISA INI BERASAL DARI ULU YAM BHARU SELANGOR DAN MEREKA SUAMI ISTERI TELAH BERHIJRAH KE MATANG JELUTONG PERAK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: