MEMBANGUN KHAZANAH ILMU DAN PENDIDIKAN

Belajar itu adalah perobahan …….

Kampung Piandang Perak Malaysia (Kp Rang Talu).

Posted by Bustamam Ismail on November 25, 2008


kp-piandangSianok adalah sabuah kampong tertua terletak dalam Nagari Sinurut di Sumatra Barat. Lokasinya berhampiran dengan pekan Talu yang sering juga disebut sebagai Pasar Usang Talu. Nagari Sinurut adalah bersempadan dengan Nagari Talu. Masyarakatnya atau penduduk kedua-dua buah nagari ini terdiri daripada kaum orang Talu yang mengamalkan budaya dan bahasa yang sama serta mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat antara satu sama yang lain. Setiap nagari ini mempunyai pemerintahan adat dibawah Tuanku (Raja) masing-masing. Di Nagari Sinurut pemerintahan  adatnya adalah dibawah Tuanku Nan Sati  dan di Nagari Talu pula dibawah Tuanku Bosa Talu. Kedua-dua Tuanku ini mewarisi keturunan kerabat dari Istana Pagar Ruyung, Batu Sangkar, Sumatra Barat. Satu lagi rumpun kerabat ialah di Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan.  Beberapa buah nagari lagi juga mempunyai pertalian kerabat di nagari-nagari Sumatra Barat.   Bagaimanapun, rakyat bagi kedua-dua buah nagari ini tetap memegang amalan budaya dan bahasa yang sama serta sentiasa tinggal dalam suasana rukun aman dan damai. Kesepakatan penduduk orang Talu tergambar dalam seloka mereka yang Berbunyi:


Nagari Talu itu seperti kancah

Kendung ditongah-tongah

Dua tuanku pegang perintah

Bagai dusun dibelah sudah.

Dari Kampung Sianok inilah lahir sekumpulan keluarga yang diketuai oleh H. Khotib Jabar bersama isteri Siti Mariah yang telah nekad untuk meninggalkan kampong halaman asal mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Tindakan ini adalah pengaruh sebahagian besarnya dari saudara mara mereka yang telah pun berhijrah lebih awal lagi ke Kampong Piandang, Perak  pada lewat tahun 1880. Antaranya ialah anak kandungnya sendiri, Bahauddin dan Hassan yang sentiasa menanti ketibaan ayahanda mereka.

Khotib Jabar dan isteri telah membawa bersama dua orang anak gadis sunti mereka iaitu Siti Nasifah (panggilan Mondok) berusia 14 tahun dan adik nya bernama Siti Taliman (panggilan Kundur) berusia 12 tahun. Setelah bertemu dengan  saudara mara rapat di Kampung Piandang, Siputeh, Hj. Khotib Jabar telah mengenal pasti satu tapak untuk mendirikan sebuah rumah untuk keluarganya. Tinggallah sekeluarga mereka dikampung tersebut dengan aman bahagia.

Tidak lama kemudian anak perempuan sulungnya Siti Nasifah telah dikahwinkan  dengan keluarga Talu juga, bernama Sutan Sharif bin H. Abdul Rahman bin Shiekh Abdul Majid. Mereka dikurniakan  empat orang anak, yang sulung H. Abdul Hadad, Sameah, Basariah dan Rajiah. Anak sulungnya H. Abdul Hadad telah berumah tangga dengan Hj. Madinah binti Ahmad Bogol (Ahmad Rashid Talu) bin H.Abd.Rashid bin Shiekh Abdul Majid. Abdul Hadad dan isterinya Madinah berpindah ke Jalan Tronoh, Siputeh.

Anak yang ketiga pula Basariah pernah berkahwin seketika dengan Musa bin Ahmad. dan bercerai kerana suami nya terlibat dalam pergerakan komunis Melayu pada tahun 1945.

Anak perempuan kedua iaitu Siti Taliman telah berkahwin dengan H. Salleh bin H.. Abdul Latif bin H.. Idris iaitu sepupu puak H. Abdul Rahman bin Shiekh Abdul Majid. H.. Salleh ketika itu baru sahaja datang dari Talu setelah kembali belajar dari Makkah. Mereka dikurniakan dua orang putra, yang sulung Tajuddin bin H.. Salleh (ayahanda penulis) dan Abdul Majid bin H.. Salleh.

H. Salleh bin H. Abd.Latif tidak lama tinggal di Kampung Piandang kerana beliau lebih berminat untuk mengajar agama. Atas undangan kerabat-kerabat di Rembau, Negeri Sembilan beliau berangkatlah ke Kampung.Tanjong Keling, Rembau. Sebuah surau telah didirikan untuk memudahkan masyarakat  tempatan belajar agama. Beliau telah berkahwin dengan seorang gadis di kampong tersebut bernama Gandariah. Dan dikurniakan empat orang anak iaitu Hendun, Mohd. Nawi, Abd. Rahman, Mohd. Nasir. Beliau berpindah sekali lagi atas undangan ke Endau, Johor untuk menjadi guru agama disana dan berkahwin pula dengan Pn. Nor bt. Arshad. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Adnan, Rahaini, Asmah Nane dan Zainun.

H..Salleh meninggal  pada tahun 1952 di Endau, Johor ketika berusia 70-an, dan anak lelakinya  Adnan baru berusia kira-kira sepuluh tahun.

Keluarga dan keturunan Khotib Jabar telah berkembang ke seluruh pelusuk Negara dan di Sumatra khususnya di Kampung. Rumbai Nagari Talu melalui anak beliau Tiangkat beribukan Kholijah iaitu isteri pertama Khotib Jabar. Generasi ke lima beliau, Hj. Ernawati Rajiman pernah di pilih sebagai Wali Nagari Talu yang kini baru sahaja tamat tempoh dan masih menunggu keputusan lantikan semula. Seorang lagi generasi ke empat Khotib Jabar masih berada di Pasar Usang, Desa Merdeka, Talu iaitu Pak Darwis Taniang kini berusia 75 tahun yang masih sihat dan kuat. Isteri beliau bernama Asiah  dari Kampung. Sianok. Mereka  mempunyai lima orang anak  yang semuanya telah dewasa.

Kini semua mereka yang mengasaskan Kampong Piandang sudah tiada lagi. Kisah dan cerita sebenarnya juga sukar untuk diketahui, kerena tidak ada siapa lagi yang boleh dirujuk untuk mendapat cerita sebenarnya. Kadang kala terlintas di kepala kita bagaimana mereka dahulu datang beramai-ramai  ke Tanah Melayu. Apakah cara pengangkutan semasa meninggalkan kampong halaman mereka di Talu. Bagaimana pula menyeberangi lautan selat Melaka dan dimanakah mereka lazimnya mendarat sesampainya di  Tanah Melayu. Cara mana pula mereka meredah sehingga sampai ke Kampong Piandang, Siputeh, Tronoh malah ke Ulu Yam dan lain-lain tempat lagi. Segalanya ini perlu dibongkar bersama jika kita masih berminat untuk mengetahui susah payah nenek moyong kita berhijrah demi untuk merobah penghidupan. Sekarang, lihat sahaja kebun-kebun getah dan sawah bendang yang  telah ditinggalkan kepada anak, cucu cicik sehingga dapat pula menikmati hasil dari kebun buah-buahan mereka. Mustahil perkara seumpama ini boleh berlaku jika nenek moyang kita tidak bersunguh-sungguh membanting tulang semasa penghijrahan dahulu.

Bersyukurlah kita pada hari ini dalam banyak hal yang sukar untuk dibayangkan. Kini kita sebagai keturunan mereka, sedang meraih segala kenikmatan hidup.  Terpulang lah kepada diri kita sendiri untuk menilai segala nya. Mungkin dengan cara ketawa sahaja, tersenyum sendirian, aah…itu cerita dulu, atau termenung sejenak, atau berkata didalam hati ‘nasib baik nenek moyang aku datang ke sini’.

Apapun, Allahyarham H. Khotib Jabar dan isteri Siti Mariah, dan anak-anak mereka maupun semua saudara mara yang  seangkatan beliau, termasuklah Ahmad Rashid Talu penulis nobel pertama, Sutan Sharif Abd.Rahman dan peneroka asal lain H. Sulaiman ayahanda H. Abdul Hamid Jambang dan ramai lagi semuanya telah ditakdirkan sampai hayat mereka di Kampung Piandang dan Siputeh dalam tahun 40 hingga 50-an dan telah disemadikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan pekan Siputeh.  Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas mereka.

Al’fatihah  ….  Amin yarabilalamin.

Susunan Tajul Hakma Tajuddin

Tarikh: 4 September, 2007 (Selasa)

One Response to “Kampung Piandang Perak Malaysia (Kp Rang Talu).”

  1. liyana said

    tinggal ini je ke cerita mengenai mereka..saya nak tahu lagi..sebab saya cucu kepada basariah yang merupakan anak kepada siti nasifah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: