MEMBANGUN KHAZANAH ILMU DAN PENDIDIKAN

Belajar itu adalah perobahan …….

Archive for March 10th, 2010

ISLAM MAKIN BERSINAR DI EROPAH.

Posted by Bustamam Ismail on March 10, 2010

Benua Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamfobia yang dihangatkan lagi dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain, baru-baru ini, sebaliknya semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru. Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden, empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar Eropah pada masa ini.

Projek pembinaan masjid baru dari Jerman ke Sepanyol dan Britain, sekaligus membuktikan keberanian masyarakat Muslim menonjolkan identiti sebenar mereka, tanpa perlu rasa takut mahu pun terancam dengan perkembangan di sekeliling mereka. Lebih menarik, jika dulu mereka terpaksa secara rahsia menunaikan solat di bilik gelap di bahagian paling bawah bangunan kerana bimbang dicemuh, keadaan sekarang sebaliknya. Mereka yang kebanyakannya golongan pendatang dari Turki dan Afrika Timur, bukan setakat berani keluar masuk masjid, malah bekerjasama mengumpul dana dan bersatu hati menghadapi sebarang dugaan bagi memastikan masjid yang diingini dapat menjadi satu realiti.

Read the rest of this entry »

Advertisements

Posted in Sejarah Islam | 1 Comment »

PERANG SHIFFIN ANTARA PENDUKUNG ALI BIN ABI THALIB DAN MU’AWIYAH BIN ABI SUFYAN

Posted by Bustamam Ismail on March 10, 2010

1. MUKADDIMAH

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ismail bin Ulayyah dari Ayyub dari Muhammad bin Sirrin, ia berkata, “Api fitnah bergejolak sementara para sababat berjumlah. puluhan ribu orang. Tapi tidak sampai seratus orang dari mereka yang terlibat dalam perang tersebut, bahkan tidak pula mencapai tiga puluh orang.”1015

Imam Ahmad berkata, “Umayyah bin Khalid menceritakan kepada kami bahwa ia berkata kepada Syu’bah, Sesungguhnya Abu Syaibah1016 meriwayatkan dari al-Hakam dari Abdurrahman bin Abi Laila, ia berkata, ‘Sebanyak tujuh puluh orang sahabat peserta perang Badar ikut terlibat dalam peperangan Shiffin’.” Syu’bah berkata, “Abu Syaibah bohong! Demi Allah kami telah bermudzakarah dengan al-Hakam tentang masalah ini, tidak kami dapati seorangpun sahabat peserta perang Badar yang ikut terlibat dalam peperangan Shiffin kecuali Khuzaimah bin Tsabit.”1017

Ibnu Baththah meriwayatkan dengan sanadnya dari Bukair al-Asyajj bahwa ia berkata, “Sesungguhnya beberapa orang sahabat peserta perang Badar memilih tetap tinggal di rumah mereka setelah terbunuhnya Utsman ra., mereka tidak keluar dari rumah kecuali ke kubur mereka (yakni mereka tidak keluar rumah hingga wafat).”1018

Read the rest of this entry »

Posted in Ali bin Abi Talib | 9 Comments »