MEMBANGUN KHAZANAH ILMU DAN PENDIDIKAN

Belajar itu adalah perobahan …….

Mengenal Mahatma Gandhi.

Posted by Bustamam Ismail on March 18, 2009

gandiMohandas Karamchand Gandhi (Gujarati, (2 Oktober, 1869 – 30 Januari, 1948)

Juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: “berjiwa hebat”) adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India. Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.

Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.


Sejarah awal

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang “mediocre” atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya.

Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus ujian  akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Afrika Selatan dan dasar aparteid

Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil “kuli” atau “sami”.

Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang “berwarna” di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.

Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

Gandhi dan kemerdekaan India

Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.

Rakyat dari agama dan suku yang berbeda yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeda ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.

Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai “jalan yang benar” atau “jalan menuju kebenaran”, telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

Lain-lain

Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak lima kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini merupakan “suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi”.

Museum elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut.

Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata “Menyedihkan…melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang.”

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: “(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini.”

Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.

sumber : Wikipedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: