‘Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa :
“Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah
berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid
Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan
menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat
bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak
panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W
pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :
“Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara,
dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua
perkara sahaja dan satu lagi ditolak.













