MEMBANGUN KHAZANAH ILMU DAN PENDIDIKAN

Belajar itu adalah perobahan …….

Kisah Nabi Adam dan Hawa

Posted by Bustamam Ismail on October 23, 2008

Syurga yang serba nikmat

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s  tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT  kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s  ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami. Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup. Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”. “Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan. “Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”. Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW  adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.

(Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT  dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Al-Baqarah: 38)


66 Responses to “Kisah Nabi Adam dan Hawa”

  1. Sungguh cerita yacinta yang sangat indah
    Semoga keselamatan tetap terlimpah kepada Nabi kita Adam a.s.

  2. faiza said

    best nye duduk dalam syurga heem

  3. Cinta yg berkekalan memang diharapkan tapi kita yang dinamakan insan Allah pasti banyak dugaannya…iblis berkeliaran sekeliling kita untuk menghasud apa juga…Laluan ke syurgatu agak sukar…sapa yang tak nak masuk syurga

  4. Taufan said

    Sungguh indahnya cinta sejati antara Nabi Adam Dengan Hawa ….
    Semoga itulah yang akan segera terjadi kepada diri ku …. Amien !!!!

  5. ai n ci said

    sungguh kisah cinta yang akan selalu kekal di didalam islam….inilah kisah cinta yang sangat2 nyata dan indah

  6. Anboy said

    Sungguh indahnya pda zaman Adam dan Hawa
    saling tmbul ksih syang
    dan saling mencintai,

  7. jidov said

    ada yang agak ganjil dalam uraian cerita diatas,
    Bahwa Adam dan Hawa itu diciptakan Allah SWT adalah yang pertama kalinya,
    Namun dalam cerita diatas ketika Adam akan menyampaikan Mahar sebagai pernikahan dengan HAwa… seakan-akan Nabi Muhammad Sudah Lahir sebelum Adam dan HAwa ada?

  8. atra said

    mw nanya,
    Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
    dapet dari mana y??
    hadits kah ato al quran, tolong sbuti dalilny

    makasih

  9. elfan said

    Apakah Adam As. itu seorang ‘nabi’? mhn penegasannya menurut Al Quran atau lainnya.

    Apakah ada dimuat nama isterinya Siti Hawa dlm Al Quran?

  10. emmmmm ……ciptaan yg pertama yg diuji oleh Allah…menarik aku ikutan ngutip ya

  11. bob robby said

    kisah nya sangat menarik…tapi alangkah baik nya disertai dgn firman2 ALLAH serta hadist…terima kasih..

  12. intan said

    heem…cerita cinta yang indah….adakah wanita sempurna seperti hawa..cantik,manis,jelita,sungguh luar biasa kekuasaan ALLAh.

  13. hariyanto said

    cRitanya bagus tapi tidak sesuai dengan kitab suci yang kuyakini kebenarannya,,,kalau menuRut aku begini :
    – Adam dan Hawa adalah saudara kembar fRateRnal ato laki dan perempuan (Al-Qiyamah 37,38,39).
    – Adam dan Hawa dilahirkan oleh salah satu homo sapien yang telah berkembang mendekati manusia.Hanya saja makhluk ini belum berakal(volume otaknya masih 1449,99 cc ), sehingga belum bisa disebut manusia (volume otaknya sudah 1450 cc ).makhluk inilah yang dilihat oleh paRa malaikat didalam suRat Al-BaqaRah ayat 30
    – Adam dan Hawa tinggal di Al-A’Raaf ato tempat yang teRtinggi dilingkungan suRga(Al-Ankabut 58)kaRena gelaR “insana fi ahsani taqwim” yang disandangnya .Karena beRbuat “zina”,maka haRus kembali tuRun daRi Al-A’Raaf dan keluaR daRi suRga ” tsuma radadnahu asfala safilin ” dan menjadi nenek moyang manusia hingga akhiR jaman ( At-Tin 4,5 ).

  14. hariyanto said

    he2,,sedikit tambahan :
    paham yang meyakini hawa tercipta daRi tulang Rusuk Adam yang diambil saat sedang tiduR ( Kejadian 2,21 )peRlu ditata ulang.Karena kata tiduR menunjuk bahwa Adam masih dalam keadaan belum menyadaRi(calon jabang bayi ),kaRena memang masih dalam Rahim sang ibu.Dan bukan daRi tulang Rusuk,namun daRi segumpal daging yang teRlindungi tulang Rusuk.Segumpal daging yang bisa memunculkan hawa(nafsu)yang tanpa disadaRi telah melekat pada semua makhluk hidup.Tanpa hawa (nafsu) ini semua makhluk akan statis dan tidak akan tumbuh.Adanya Adam (akal)justRu untuk mendampingi hawa(nafsu)ini.sehingga secaRa esensial adanya hawa (nafsu)lebih dulu dari akal(An-Nisa 1) namun secara ujud sebagai manusia adanya Adam lebih dulu daRi adanya Hawa(Al-Qiyamah 39).

  15. hariyanto said

    wah jadi tambah panjang neh! tambahan lagi :
    Perzinaan sebagai Dosa Adam dan Hawa yang nyaRis tidak terungkap ini dikaRenakan paRa ahli tafsiR salah mengaRtikan kata “azwaja” dalam Al-baqarah 35,Al-A’Raaf 19,Thaahaa 117.Kata azwaja dengan maksud sebagai pasangan ditafsiRkan sebagai istRi.Padahal Adam dan Hawa baRu Resmi menjadi IstRi dan suami setelah meneRima kalimat daRi Allah SWT.beRsamaan pada saat taubatnya diteRima .(Al-Baqarah 37).

  16. Fajar said

    All.semua itu jgn dipermasalh kn,yg penting ambil yg menurut
    mu baik n masuk diakal.

  17. faisal said

    dari semua kisah maupun komentar diatas,, banyak yang belum mengetahui pasti tentang sejarah adam..!!
    karna menurut yang saya pelajari disekolah islam ceritanya tidak begini..!!!
    memang kala bercerita tentang isi syurga ada kesamaan,, tapi yang beda cerita adam dan hawa itu sendiri… dan kenyakan uang mendongeng..!!

  18. joe dalton said

    jiahhh…knapa adam pake kawin ama hawa coba klo ga kawin khan ga turun ke bumi……masih enak2khan di surga….

  19. alipha84 said

    Ass. Teman semuanya disini saya selaku admin http://www.database-sufi.com ingin berbagi dengan teman semua. kami berencana membangun database islami yang nantinya dapat di download secara free untuk semua.

  20. samsuriati said

    alhamdullah kmu akhir ya mau menyumbang juga.mudah-mudahan amal km suka menyumbang diterima oleh sama allah……….amiiiiinnnnnnnnn…..

  21. Hafiz said

    In my humble oppinion,
    Sungguh kurang bijaksana kalau kita menggangap nabi suci seperti pacar pacaran seperti itu. Kita beriman pada semua nabi, dan nabi nabi kita hormati, dengan mengarang cerita seperti itu.
    Adam merupakan sebuah sosok yang pertama kali disebut sebagai manusia, karena adam adalah sosok yang paling merendah, seperti tanah. Adam tidak tinggal disurga, tapi di bumi ini juga, namun bumi pada waktu itu seperti surga, masih jauh dari exploitasi. Peradaban dimulai dari Adam, karena allah swt memerintahkan 3 hal, yakni, kawin, bercocok tanam dan berpakaian. dimulai dari sini, peradaban pun muncul sampai sekarang.

    • kalau nabi ingin mempunyai isteri bukanlah berarti berpacaran seperti anak sekarang, tapi adalah naluri manusia, seperti para nabi lain. Berpacaran tidak dilarang, rindu tidak dilarang seperti nabi Yusuf dengan Zulkaikha. Tentu saja tidak melanggar syariat.

  22. VIGNESWARAN said

    MMMmmm….???

    Boleh caya ke cerita ni?
    Mengikut sains, manusia hidup mula hidup didunia ni sejak jutaan tahun dahulu. Peradaban manusia pula hanya bermula sekitar 10ribu tahun lalu. Bahasa kuno yang tertua sekali berusia sekitar 7 hingga 8 ribu tahun dahulu. Persoalan saya, bagaimana nabi dan isterinya boleh bertutur sesama sendiri? bahasa apakah yang digunakan? adakah setelah tiba didunia beliau tinggal didalam gua? Siapakah yang membuat catatan setiap perkara yang berlaku pada masa tersebut, sedangkan belum ada tulisan atau bahasa wujud pada masa tersebut? bagaimana adam dan hawa dapat cucu? bukankah haram adik beradik berkhawin sesama sendiri? kalau anak lelaki adam tak buat seks dengan anak perempuan adam, adakah anak adam buat sex dengan hawa untuk dapat generasi yang ketiga (cucu adam)????????????

    • Menurut sains, Manusia hidup jutaan tahun yang lalu. Apakah yang dimaksud sains manusia atau makhluk lain yang mirip manusia sebab hewan banyak sekali mirip manusia oleh sebab itu,mungkin yang dimaksud itu adalah fossil hewan yang mirip manusia, bukan manusia.Mengingat dasar penetapan waktu oleh sains itu adalah fossil.
      Manusia yang bermula dengan penciptaan Nabi Adam dilanjutkan anak cucunya sampai kita sekarang diperkirakan 10 ribu tahun yang lalu,
      Bagaimana Nabi adam dapat cucu
      Anak Nabi Adam boleh nikah dengan anak yang bukan kembarannya, itulah syari’at pada masa itu,yang tidak boleh hanyalah anak lk dengan kembarannya yang wanita, dari diteruskan keturunan. Itupun dilanggar oleh Qabil membunuh adiknya Habil sehingga dia dapat menikahi Iqlima yang cantik.
      Bagaimana kitA mengetahui mereka mungkin cerita turun temurun, ataupun melalui firman Tuhan yang memberikan pesan Moral kepada Manusia melalui manusia pilihannya( Nabi & Rasul)

  23. darul iman sumberwuluh said

    alhamlilah,, akhrx ada modal untuk di buat drama,,,,,,,!!!!!!

  24. syafiee said

    ko cuma bgtu,,,, bsakah lebih mendetail lgi ,,,,,!!

  25. zul said

    harap dibuang gambar diatas.

  26. byane shop said

    byane shop…

    […]Kisah Nabi Adam dan Hawa « Membangun Khazanah Ilmu dan Pendidikan[…]…

  27. Hitomi said

    d>___________<b

  28. kurang dalilnya ini ceritanya, firman2 nya gak ada dalil nya. mohon di benahi.

  29. Rumadi said

    waah, menarik juga untuk ikut urun masalah, andai saja waktu dapat berputar ke masa Nabi Adam&Hawa tentu kita semua tdk akan susah, cuma sayang dunia nyata ini ndak bisa seperti di film yg bisa balikin waktu sesuai dg keinginan kita.
    sy lihat semua pemahaman tentg Nabi Adam&Hawa esensi kebenarannya hampir sama, cuma krena rangkaian kata2, dan perbedaan kemampuan kita dalam mengungkapkan saja agak beda. siip dech.

  30. lowongan bank 2012…

    […]Kisah Nabi Adam dan Hawa « Membangun Khazanah Ilmu dan Pendidikan[…]…

  31. toko bunga online…

    […]Kisah Nabi Adam dan Hawa « Membangun Khazanah Ilmu dan Pendidikan[…]…

  32. ku pikir kisahnya belum lengkap, kan belum ada yang tentang pengusiran dari surga karena adam melanggar apa yang dilarang Allah yaitu memakan buah khuldi atas bujukan syaitan.

  33. Angling Darmo said

    Asolole icik icik eh’hem

  34. cerita ini seperti dongeng saja, tidak masuk akallll !!!!!!!!!!
    versix banyak sekali!!!!!!!!
    dapat d’percaya apa tidak !!!!!!!!!!

  35. REALNALDI said

    BETUL TUH COBA ADAM SAMA HAWA GK MAKAN BUAH YG DI LARANG MUNGKIN KTA2 SEMUA ADA DI SYURGA KLI YAH SEKARANG…….HEHEHHEH

    • oyo said

      enak dong xeeexeexe,,belum tentu!
      “1 dari sekian keturunan adam-hawa suatu saat akan ada yg melanggarnya,sdh kodrat manusia salah dan khilaf karna punya rasa, nafsu, akal dan pikiran. dan ingat dari keturunan yg sama bukan berarti sama pula watak dan kepribadiannya. manusia memang harus hidup di bumi (mungkin sdh kodrat illahi),,kalo manusia tetep hidup disurga ya nanti jadi perdebatan tentang ajaran agama dong karena sdh dijelasken di al quran bahwa ada surga dan neraka,,lah kalaupun kita tetep hidup disurga ga ada kiamat dong,,masak di surga kiamat,,apa kata illahi!

  36. mohammad hakan bin pauzi said

    ya allah,masukkanlah aku di dalam surgamu.itu cita-cita ku.dan janganlah kau masukkan aku di dalam nerakamu.

  37. mohammad hakan bin pauzi said

    satu kisah yang menarik.yang ditunjukkan tuhan kepada kita semua

  38. ilham said

    subhanallah. Diwaktu pernikahan adam dan hawa.. ALLAH menyerukan kpada adam shalawat kepada junjungan nabi muhammad saw.

  39. gancrut said

    ooo ini sih perkawinan adam dan hawa tetangga gue’

  40. srri said

    ko cerita nya beda dengan apa yg aku dengar.ini kayak dongeng kayak sinetron

    • Bustamam Ismail said

      sebenarnya Adam dan Hawa itu adalah manusia pertama dan isterinya, bedanya dengan Adam dan Hawa yang lain, Dia dibimbing oleh Allah Maha Kuasa, tatkala salah jalan ditunjuki, tatkala menyimpang darijln yang benar diberi petunjuk untuk tobat dan kembali, tatkala merasa kekurangan diberikan jalan keluar yang benar….

      • oyo said

        ketika adam mulai berfikir tentang maharnya pd Allah: “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s
        ………………………………………………………………………………………………………………….
        apa saat adam di surga sdh diajarkan puasa dan sholat?

  41. Trims ya karna cerita ini saya tau kisah cinta nabi adam dan siti hawa memang membuat Saya sadar bahwa cinta nabi Adam dan siti hawa ini penuh kasih sayang dan kebahagiaan.

  42. zahraoey said

    Sungguh indah kisah Nabi Adam dan siti Hawa ,yang penuh Dengan cinta kasih yang begitu indah membuat saya jadi terharu atas kebahagiaanya . Cinta nabi Adam dan siti hawa yang Abadi … “ cinta yang begitu nyata .
    Makasih …. ¤azzahraoey..**

  43. hariyanto said

    sebagai orang yang beriman tentu harus selalu merujuk pada kitab suci-nya.Orang yang mengaku beragama islam ya harus merujuk dan meyakini kitab suci Al-Qur’an dan jangan percaya dengan mitos2 yang justru bertentangan dengan Al-Qur’an. Yakinlah kebenaran itu datangnya dari Allah(surat Ali-Imran ayat 60). Al-Qur’an menjelaskan bahwa yang disebut “Adam”,beliau ini adalah manusia yang tercipta untuk yang pertama kalinya.Bukan hewan atau tumbuhan dan bukan pula seorang nabi(surat Maryam ayat 58,surat Al-Furqan ayat 31 dan surat Al-Hajj ayat 52). Bahkan jumlah Adam ini tidak hanya satu,tapi minimal sejumlah ras manusia dimuka bumi ini(surat Ali-Imran ayat 33 dan 34).Untuk lebih jelasnya silahkan kunjungi frethariyanto.blogspot.com

  44. Saya setuju dengan pendapat diatas masing-masing kembalikan kepada Kitab sucinya, kalau kita bicara tentang Adam dan Hawa,Kecuali tentang Adam Jumlahnya banyak ini menarik, Karena Informasi menyangkut Agama,Tlg sumbernya dari Kitab Suci Apa? terima kasih

  45. ahmad Nurhasan said

    Boleh tau gak referensinya

  46. SYAHIRAH SUHANA said

    jadi,cerita syaitan enggan tunduk pada adam mana?

  47. DEDEN DAENURI said

    Alhamdulillah! semoga penyaji informasi perkawinan Adam dan Hawa mendapat pahala yang berlipat ganda ! jika ceritanya benar! tapi jika salah maka Istigfarlah!
    NAMUN YANG PERLU DISADARI KITA BERSAMA ADALAH BAHWA ADAM DAN HAWA ITU ADALAH NENEK MOYANG KITA ! JADI SESAMA SAUDARA SEKANDUNG JANGAN PADA BERANTEM ! MALU…KITA KAN SMA SAMA TURUNAN NABI !!! OK?

  48. ahmad said

    tanya bro Diceritakan diatas Allah SWT Menciptakan Alam semesta ,.. lalu menciptakan adam dan di taruh di surga, Allah itu menciptakan alam semesta apa menciptakan alam akhirat.kok ada surganya….klu allah swt menciptakan alam semesta berarti fana, bukankah yang fana besok akan mati/hancur kemudian dibangkitkan lagi/kiamat….bukankah surga itu tempat abadi….

Leave a reply to Info Lowongan Kerja Terbaru Cancel reply